MENGENALI LELAKI MENERUSI BENTUK ANGGOTA
TUBUHNYA
Dimana ianya
merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu
dalam aspek pergaulan. Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah
umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan
mengenai personaliti seorang lelaki
Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam
melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja
hingga selelsai .Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .Warna kulit yang
sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah .Selain dari itu melambangkan
kelakuannya baik.
Rambut
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika
hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.
Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda
berpengetahuan . Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat
otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya
Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus
tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak
kerut antara kening tanda pemarah.
Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda
tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang
merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta
bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di
kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.
Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar
tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi.
Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya
tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung
tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.
Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka
menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah
faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah
tanda banyak makan makanan yang haram.
Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya.
Sempurna rapat tanda jujur.
Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat.
Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya .
Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda
bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.
Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang
sederhana tanda sempurna akalnya.
Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda
kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.
Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda
sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat
berjimak.
Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda
gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.
Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal
dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher
yang timbul tanda pemarah.
Dada
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang
berakal dan suka melalkukan perkara jahat.
Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya
tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan
suka berbuat jahat.
Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda
mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari
yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.
Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana
tanda bijak dan sihat.
Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras
hati dan takbur.
Betis
Betis yang sederhana tanda sihat.
Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki
yang besar tanda bodoh.
Tumit
Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat
kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.
Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek
dan kurang tetap tanda kurang berakal. "
CIRI2 WANITA YANG DI SUKAI OLEH LELAKI
"Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil
berat ..
... dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu
bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan
naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih
berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh
bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka
dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg
menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik
dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik
perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut
dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat
memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik,
serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta
boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan
dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana
saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan
serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan
tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan
mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar
keluar dgn indah dan mempesona"
Rumahtangga bahagia
1 :: Sering melakukan
kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan,
beriadah dan mandi bersama.
2 :: Galakkan isteri
tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu
sebelah kanan suami ketika berjalan.
3 :: Jaga agar mulut dan badan
tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4 :: Isteri yang hangat dan
romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5 :: Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika
untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6 :: Kreatif mencipta
suasana yang har! moni dan tenang dalam rumah tangga.
7 :: Sekiranya ada
pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa
bercinta dan berbulan madu.
8 :: Kenangkan jasa
dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9 :: Sekiranya berlaku
penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah
menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk
bersatu kembali (rujuk).
10 :: Suami kena lebih
mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah,
ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11 :: Suami jangan
tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)
12 :: Isteri jangan lebih
banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan
persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13 :: Sentiasa
berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama
ahli keluarga.
14 :: Isteri perlu berhias
lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15 :: Menjawab setiap
pertanyaan suami dengan lembut.
16 :: Pasangan tua, terutama
isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur sendirian.
17 :: Sekiranya ada
masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan
pendapat sendiri.
18 :: Fahami dan
hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa
panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak
pula umpama bintang
iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19 :: Suami isteri perlu
mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing
sudah berusia.
20 ::Anak-anak jangan
dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!
21 ::Ketua rumah tangga
yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama
ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22 :: Keluarga Islam,
pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli
keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23 ::Jangan beri ahli
keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari
makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Elakkan sakit mental
1 :: Positive Thinking
2 :: Selalu membaca
Al-Quran
Cara untuk awet muda .
1 :: Sentiasa riang &
senang hati... jgn suka bermuram.... senyum selalu
2 :: Lupakan apa yg
tlh berlaku ( utk elak dr stress)
3 :: Tidur awal & bangun
awal akan membuat anda sihat & segar
4 :: Berat badan yg ideal
5 :: Sentiasa peka & aktif
membuat sel-sel otak menjadi sihat
6 :: Sentiasa melakukan apa yg
anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah
7 :: Sentiasa mengawal
diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri anda
Dan perkara menajamkan fikiran tidak banyak berbual kosong (especially kawan mesra)
8 :: Terlalu byk pil akan
merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
9 :: Bersenam, elak dr merokok
dan makanan yg boleh menggemukkan
RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI
"Apakah
tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda
di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik
sebuah………..ciuman?
Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang
kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya
terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap
kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi
wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap
pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan
seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap
si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg
berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg
bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian
belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak
terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid
terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku seorang lelaki mengucup
tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika
berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar
menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam
hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelak mencium pasangan wanitanya
di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan
di dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya
begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu
syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman
sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana
gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau
berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda
dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir
anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan
anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda.
Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan
anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa
senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa
lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu
tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula
anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah
budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira
sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu
petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja
anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi,
tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk
mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda
tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Note: Pastikan pencium anda di
tanggung halal :) "
Petua
Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk
Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan “Ya,Allahjadikan hatiku
bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa Diampunkan,
otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara
kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci
hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.
9) Cuba
ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai
hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat.
|